Photobucket

Sunday, December 19, 2010

c0okin timE !!!

crabemoticon al0o0o0...t0day ari isnin n t0day jge miss vi0 fasting....p0se nazar..# nazar pe x leh bgtau...kuikui....0rait...juadah untuk berbuka ari ni...miss vi0 masak sayaur labu...yummmm....sdap...sbnrnye miss vi0 x reti sgt co0kin2 ni..but my bel0ved m0m la yg ajar....huhu...bese la..6t nk kawen sng...dh tau masak...hihi...gataiii... 0k la...ni miss vi0 nk bg sdikit rsepi utk s0me of my feveret dishes... hrap sape2 yg nk rse..b0leh la try yekk...sm0ga berjaye !!! riceemoticon 

SAYUR LABU MASAK KUNING   

Bahan-bahan ( 4 org makan )

  • 1/2 biji labu - dikupas kulitnya dan dipotong kpd saiz yg sesuai (jgn terlalu kecik)
  • 1/2 biji bawang besar - dimayang @ ditumbuk
  • 2 biji bawang putih - dimayang @ ditumbuk
  • kunyit hidup - xyah byk ckit p0n boleh
  • 1 biji cili merah - ditumbuk kasar @ lada hitam 1 sudu p0n boleh
  • 2 sudu besar ikan bilis (ditumbuk), boleh ganti dgn udang kering tp xpayah tumbuk
  • santan (kalau cair letak 1 cawan, kalau pekat letak 1/2 cawan)
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya
  • sayur bayam/soo hoon # kalau x letak p0n boleh

Cara-cara

  1. Letakkan labu yg telah dipotong dgn bawang merah, cili dan ikan bilis ke dalam periuk. @ bawang merah,bawang putih, kunyit,ikan bilis dan lada hitam boleh ditumbuk sekali lepas tu masukkan dalam periuk bersama sama dengan labu tadi 
  2. Tambahkan air sehingga menenggelami labu. Kemudian, buka api.
  3. Biar sampai labu menjadi agak lembut (cucuk dgn garfu).
  4. Masukkan santan, garam secukup rasa. Tambahkan air jika mahu lebih kuah. Biarkan sehingga mendidih dan santan masak.
  5. Akhir sekali, masukkan soo hoon atau bayam. Biar sekejap saja supaya tak terlampau lembik. Hidangkan.
0k....d0ne...b0leh la makan ....crabemoticon

IKAN KELI MASAK BERLADA   

Bahan-bahan:
  1. 3 ekor Ikan keli digoreng terlebih dahulu
  2. 3 biji bawang merah dihiris
  3. 2 biji bawang putih dihiris
  4. 1 batang serai
  5. 10 biji cili padi
  6. 5 biji bawang merah
  7. 1 inci halia dan kunyit
  8. Sebiji limau nipis (diperah dan diambil jusnya)
  9. Minyak masak
  10. Garam & gula secukup rasa
Cara memasak:
  1. Tumbuk serai diikuti cili padi, halia, kunyit,bawang merah dan sedikit garam
  2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih,
  3. Masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi, gula dan air asam limau nipis.
  4. Goreng sehingga kuning keemasan dan masukkan ikan keli yang telah digoreng.
Sesuai dihidang bersama nasi putih ketika makan tengahari atau malam.

ATAU

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 5 ekor ikan keli sederhana besar
  • 1 keping asam gelugur/asam keping
  • secubit gula
  • secubit garam dan kunyit
  • minyak untuk menumis
  • Bahan dikisar :
  • 20 biji cili api
  • 10 biji cili merah

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan keli. Gunakan limau nipis dan daun limau purut untuk hilangkan hanyir
  2. Lumur ikan keli dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing dan ketepikan
  3. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar. Masukkan gula dan asam keping hingga garing.
  4. Angkat dan tuang di atas ikan keli gereng tadi. yummy.....sedap.........
selaMat MENcuBA !!! riceemoticon

SAMBAL BILIS TEMPOYAK   

Bahan-bahan

  • bawang merah n bawang putih - 2@3 dh 0k..
  • tempoyak - 2@3 sudu
  • ikan bilis - ikut citarasa masing2..lg banyak lg best..p biar bersesuaian la dgn kuantiti tempoyak yg  diguna..
  • cili - klau nak peda ltak la banyak..klau xnk pedas..ltak la dalam sepuluh k...
  • garam - secukup rasa
  • minyak masak

Cara-cara

1- tumbuk cili tersebut hingga lumat bersama bawang merah n bwang putih..
2- masukkan ikan bilis bersama cili dan bwang meran n putih tadi tp jangan terlalu lumat
3- masukkan air ke dalam tempoyak sehingga cair # jgn la trlalu cair...ck0p2 nmpak cair 2 dh ok 
4- masukkan minyak ke dalam kuali
5- tumiskan bahan2 yg ditumbuk td..jgn trlalu kering k
6- masukkan tempoyak yg dh cair
7- boleh tambah air klau xnk terlalu pekat
8- masukkan garam secukup rase
9- tunggu sampai naek bau..n nmpak mcm dh ok... siap !!!
10- makan...huhu...
trY it !!...deliCI0Us BANgAt...kuang~..nk lg sedap b0leh tmbh petai...crabemoticon
crabemoticon

0k la ni je k0t miss vi0 leh bg..ish dgaan t0l pose2 ni..pr0t dr td lg brbunyi..hihi...tata~miss vi0~

No comments:

:: kisah dongeng FARHA ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...